“Yes! Ini adalah apa yang kita nak, satu pameran yang dapat mencetuskan minda kita apabila melihatnya..”

21 September 2016, Rabu 9.15 malam

Kapallorek Art Space

 

Petikan ucapan Perasmian Pameran ‘Hawari Berahim : Bukan-Bukan’

Oleh MAMAT KHALID

 

Assalammualaikum,

Pertama sekali abang minta maaf kelewatan abang. Abang dari Tanjung Malim, so pertama kali kami melalui jalan belakang, daripada kampung mengikut ‘waze’, bila tempat tu takde signal, kita tak tahu nak kemana, jadi minta maaf banyak-banyak. Then, izinkan abang untuk duduk, rasanya ramai yang tahu kesihatan abang tidak berapa mengizinkan, abang tidak boleh hyper, naik darah naik apa kome pulak jenuh nak bawa abang pergi ke hospital..

Hahaha… (audience ketawa)

Baik, apabila abang di jemput datang ke Kapallorek ni, abang rasa sangat seronok sebab pertamanya bukan sebab jemput abang, sebab ada tempat macam Kapallorek ni. Abang ingat zaman abang dulu di Ipoh, memang tiada tempat-tempat macam ni, walaupun masa tu abang dan kawan-kawan sangat suka ‘art scene’. Tetapi tidak ada tempat yang menyokong usaha kami itu. Bila abang tahu yang Kapallorek ini wujud, kembang lah hati abang dan rasa baguslah sebab ‘budak-budak’ seni sudah ada tempat.

Apabila di beritahu pameran Hawari, so abang mula buat kajian siapa dia dan apa yang dia dah buat. Adakah dia ‘into Dadaism’ ke apa ke.. Pada abang, karya dia pada orang orang watan (melayu) kurang menyerlah tidak macam apa yang dia buat. Kita masih lagi di tutup dengan norma-norma kehidupan yang mengatakan kita tak boleh ‘create’ atas sebab-sebab tertentu. Dengan ada sifat itu, kita tidak mampu untuk berkarya. Sebab ada ‘Taboo’ dalam diri kita orang watan ini yang mengatakan kita tak boleh buat. Itu zaman kami dulu, tetapi satu-satu telah di singkapkan tirai untuk anak-anak watan berkarya. Sekarang kita lebih tahu, lebih berani untuk berkarya sebagaimana yang abang syak apabila jejak kaki ke dalam ni hati abang terbuka. Yes! Ini adalah apa yang kita nak, satu pameran yang dapat mencetuskan minda kita apabila melihatnya.

Jadi, apabila kita adakan ruang untuk mempamerkan karya, adakah ianya ‘immitate’ kehidupan kita ataupun kehidupan kita yang akan ‘immitate’ work kita. Sesuatu work yang berjaya, art akan mengikutnya. Zaman ‘art immitate life’ dah habis dah. Sekarang ni ‘life yang immitate art’. Kalau kita letak gambar sapa ke ‘sipolan’, tidak kira lah petualang mana ke, apabila orang tengok dia akan berfikir. So maknanya sekarang bukannya ‘art immitate life’. Life yang immitate apa yang aktivis-aktivis seni lakukan, itu satu lonjakan yang harus kita sedar. Apa yang kita hasilkan akan menjadi ikutan orang. Orang suka atau tidak, apabila di sebut sahaja kita dah menang. Bila di sebut tentang karya kita, samada bagus atau tidak, itu sudah cukup kerana telah di nilaikan. Sebab itu tujuan kita, bukan kita nak menunjuk kerana setiap hasil kerja kita harus dikongsi untuk orang faham dan jika tak faham akan mencari apakah tujuan dan niat kita berkarya itu.

So abang rasa, tanpa melengahkan masa abang merasmikan pameran solo oleh saudara Hawari ini, dengan kuratornya Pak Sujud. Abang harap lebih banyak lagi kerja-kerja seni pameran solo yang dapat di hasilkan oleh Kapallorek untuk kepentingan masyarakat dan pengkarya seni yang semakin hari semakin panas nafsunya.

Terima Kasih

View All

Leave a Reply