Projek Kolaborasi Seniman Tenggara

SAMA-SAMA : PROJEK KOLABORASI SENIMAN ASIA TENGGARA

SAMA-SAMA adalah sebuah Projek Kerjasama Seniman Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina. Seniman yang terlibat merupakan alumni South-East Asia Group Exchange Residency (SAGER). Program yang telah berlangsung selama 3 hari mulai 7 hingga 9 November 2016 adalah merupakan projek komuniti iaitu lukisan Mural di Pekan Parit dan Sembang Seni di Kapallorek Art Space, Seri Iskandar Perak.

Program SAMA-SAMA ini adalah anjuran Kapallorek Art Space dengan kerjasama HOM Art Trans, 1 Malaysia Community Art Tourism (1MCAT), Balai Seni Visual Negara, Majlis Daerah Perak Tengah, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak.

Seramai 10 orang seniman terlibat dalam menyiapkan lukisan mural ini. Wakil seniman dari Jogjakarta, Indonesia adalah Didik Wahyu Setiawan dan Nugroho Heri Cahyono. Manakala wakil seniman dari Manila, Filipina adalah Carlo ‘Caloy’ Gernale dan Mervin Pimentel. Selebihnya adalah merupakan seniman-seniman lokal Seri Iskandar yang juga merupakan pensyarah-pensyarah di Fakulti Seni lukis dan Seni Reka, UiTM Perak iaitu Fadly Sabran, Ashraf Abdul Rahaman, Nafis Saad, Muhammad Abdullah, Mahizan Hijaz dan Muh Sarip Abd Rahman.

Mural ini adalah merupakan mural pertama yang wujud di Pekan Parit dan berjaya di siapkan dalam masa tempoh tiga hari. Latarbelakang Rekaan lukisan ini adalah berdasarkan tentang sosio-masyarakat setempat, yang mana di inspirasikan oleh budaya, warisan dan sejarah pekan Parit itu sendiri. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan bandar-bandar di sekitar Perak bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017 dan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang unik melalui cerminan seni dan budaya. Insyaallah akan ada beberapa lagi mural yang telah rancang untuk di hasilkan di sekitar Negeri Perak terutamanya di Daerah Perak Tengah ini.

 

Fadly Sabran – Kapallorek Art Space

12 Nov 2016

View All

Leave a Reply