Petikan ucapan perasmian Pop Paradox

Petikan ucapan perasmian Pop Paradox
Oleh NUR HANIM KHAIRUDDIN

6 Januari 2016 | 8.45 pm

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih pada semua yang hadir pada malam perasmian di kapallorek. Saya begitu teruja bila dapat tahu yang fadly Sabran dan teman-temannya membuka satu space baru, kerana di kawasan ini setahu saya yang ada cuma studio-studio yang tidak bersifat multipurpose seperti ini. Jadi saya ucapkan tahniah.

Saya ingin mengungkap balik apa yang di sebut oleh Hazrul Mazran sebentar tadi tentang bukan sekadar mengadakan pameran tetapi juga untuk melibatkan sekali budaya berbincang dan berdiskusi di kalangan teman-teman. Diskusi itu janganlah di kalangan kelompok yang sama, berbincang dengan fine art saja. Sekarang lain sebab pemahaman tentang teori seni itu sudah lebar, kena ada rasa ingin untuk belajar menyeberangi.

Saya melihat pada artist-artist yang telah pergi ke peringkat antarabangsa. Bagaimana mereka bekerja dan bagaimana mereka mendapat inspirasi.

Engagement nya bukan hanya lagi pada komuniti seni sahaja, tetapi lebih dari itu. Berbincang dengan ahli falsafah, ahli muzik, orang-orang filem dsb. Jadi itu penting sebenarnya untuk seseorang artist itu boleh mengembangkan lagi fakulti inteleknya.

Saya sebenarnya amat berharap Fadly dan teman-teman betul-betul utilize kapallorek ni untuk bukan sahaja menghasilkan pameran, tetapi adakan juga seni performance, muzik dan campurkan seni sastera. Kerana bagi saya pameran ini jangka hayatnya tidak panjang, ianya akan hilang. Jadi bila kita hasilkan perbincangan atau wacana mengenai pameran dan di panjangkan lagi kepada golongan-golongan dan  bidang-bidang yang lain, maka ia akan di bicarakan dan lebih bagus jika dapat menembusi bidang penerbitan. Di tulis dan di angkat oleh ahli kritik, ahli sejarah supaya jangka hayat karya itu akan lebih panjang. Jika ia di tulis dan di appresiasi dengan baik, samada dikritik atau di puji melambung, insyaallah ianya akan capai ke tahap yang lebih tinggi.

Saya rasa sudah sampai masanya untuk golongan seniman Malaysia ini naik satu lagi tangga, janganlah mengharapkan kolektor semata-mata untuk membeli karya. Kolektor datang dan pergi. Cubalah perlahan-lahan hasilkan perbincangan dengan rakan-rakan dari fakulti lain seperti arkitektur, bisnes. Kerana seni juga bergantung begitu kuat dengan elemen bisnes untuk memasarkan seni, itu pasti. Kena tahu bagaimana untuk memasarkan seni anda, tetapi memasarkan dengan cara yang terhormat bukan yang jelek.

Saya rasa itu sahaja apa yang ingin saya katakan, saya ucapkan tahniah dan saya juga happy kerana sebelum ini pernah menjadi kurator kepada kumpulan Simpang Ampat dan melihat seniman-seniman ini masih lagi berkarya kiranya mereka masih lagi hidup. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim saya merasmikan Pop Paradox.

View All

Leave a Reply