Petikan Ucapan Perasmian Pameran ‘bendAsing’

Oleh S.O Husain , Pengkritik apa sahaja
29 Mac 2016
Kapallorek Art Space

Assalammualaikum w.b.t. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuk Kura (Amir Amin) yang mengajak saya untuk merasmikan pameran, yang kedua jutaan tahniah untuk Kapallorek kerana bagi saya mereka ni seringkali melakukan pameran yang unconventional. Pada masa banyak galeri di Kuala Lumpur yang mengadakan pameran-pameran yang ‘purely’ komersial, Kapallorek sanggup mengembangkan Art scene Malaysia dengan mengadakan pameran-pameran yang kadang kala radikal & non-conventional.

Sebenarnya ini pertama kali saya menjadi perasmi, kalau dulu saya cukup benci dengan perasmian pameran. Kalau di Kuala Lumpur, saya, Ise dan kawan-kawan lain, bila ada majlis perasmian, kami akan lepak, borak dan makan. So malam ni kalau ada orang yang melakukan benda yang sama saya tak ambil hati, saya faham..hahaha (audience ketawa).

Mennangkan ini pertama kali saya menjadi perasmi, izinkan saya membaca teks ringkas yang telah saya sediakan. Kalau saya tak ada teks ni saya takut akan melalut ke laut.

Ok, saudara-saudari, harini kalau kita tengok art scene Malaysia kita rasa macam very dynamic, rancak. Setiap minggu ada sahaja pameran di Kuala Lumpur, ada diskusi seni, ada program seni, selain itu kita ada program besar seperti 1MCAT dan juga Art Expo, dan 2-3 tahun ini telah ada timbul acara-acara lelongan seni. Kalau kita tengok semua itu menunjukkan macam Art scene Malaysia ini berada pada tahap yang membanggakan. Salah satu fenomena yang membanggakan adalah jualan-jualan karya sungguh laris, ini menyebabkan saya nampak ramai artist muda sanggup untuk menjadi full-time artist.

Kalau dulu saya ingat pada tahun 90an, masa Nur Hanim mula berkecimpung dalam seni, artist muda untuk menjadi full-time artist adalah sesuatu yang susah. Perlu melakukan benda-benda lain seperti juga group Matahati. Saya rasa pada awalnya mereka bukan full-time artist, tetapi terlibat dengan kerja-kerja lain untuk memastikan survival mereka.

Dalam pada itu saya tak nafikan dalam kerancakan seni memang sesuatu yang penting dalam kerjaya serta survival artist. Artist harus menjual karya untuk mencari makan, untuk hidup, dan dengan itu untuk memastikan mereka mampu untuk terus berkarya. Namun suatu suasana yang saya lihat, agak merunsingkan adalah kerancakan pasaran seni ini telah menimbulkan satu suasana di mana wacana pasar seakan-akan mengatasi pasar wacana. Yang saya maksudkan disini, wacana pasar itu artist yang terlibat dalam seni terlalu menekankan benda-benda yang melibatkan dengan bisnes dan industri seni. Kalau kita pergi ke art show, apa yang kita jumpa adalah mereka akan cakap ‘work kau berapa dah jual?’ ‘berapa banyak red dot kat dinding?’. Dan sesetengah artist juga sampai mengadakan program untuk mengajak artist muda bagaimana untuk menjadi ‘superstar’ dalam art scene. Itu saya tak nafi ianya penting. Tetapi, pada masa yang sama benda ini menyebabkan artist dan mereka yang terlibat dengan seni kurang memberi penekanan kepada konsep, wacana kepada idea.

Kalau kita perhatikan malam ni , saya rasa tak ramai orang akan bercakap dengan artist apakah makna seni mereka, apakah yang ingin di sampaikan oleh mereka. Mujur malam ni kita tahu pameran ni bersifat un-conventional, jadi takde orang tanya berapa jualan painting kau, berapa harga semua lah..

Apa yang saya takuti adalah lambat-laun situasi ini akan menyebabkan perkembangan seni rupa Malaysia hanya bergerak atas desakan trend dan bisnes semata-mata. Dan kita tahu trend dan selera seni ini kebanyakkannya di tentukan oleh puak-puak kolektor, puak-puak galeri dan juga art dealer. Jadi saya berpendapat, untuk kita seimbangkan kerancakan wacana pasar dan pasar wacana ini, kita mungkin perlu melihat kembali beberapa aspek yang berkait dengan seni rupa Malaysia.

Untuk malam ni, saya ingin menyentuh serba sedikit 2 aspek yang bagi saya adalah sangat penting. Iaitu yang pertamanya, nilai sosialiti dalam karya dan juga seniman. Keduanya nilai kritikaliti dan intelektualiti. Yang saya maksudkan dengan sosialiti ini adalah perkaitan seniman dan seni mereka dengan masyarakat luar. Dalam pada itu, fungsi seni dan juga seniman kepada masyarakat yang lebih besar. Mungkin kita tahu seni adalah satu medan yang terlalu unik. Saya rasa malam ini kita nampak, inilah group yang selalu menghadiri pameran seni. Kita tak lihat, orang-orang yang di luar seni terlibat dengan acara-acara seni. Mungkin seorang dua macam Ajim yang luar dari art scene.

Berkenaan karya pula, sesetengah artist suka mengatakan bahawa karya mereka kononnya membawa mesej yang bersifat sosial dan politik. Tetapi persoalannya, kalau karya itu sudah di beli oleh kolektor dan di simpan dalam koleksi mereka. Apa yang terjadi pada mesej yang kononnya di sampaikan oleh artist. Contohnya Pali nak buat satu konsep tentang kemiskinan rakyat, yang datang dalam pameran itu bukan orang miskin, yang datang adalah orang kaya-kaya. Jadi kalau work Pali itu di beli oleh seorang kolektor, bagaimana mesej yang hendak di sampaikan oleh Pali ini menemui sasarannya.

Yang jadi adalah, karya itu bisu dan kelu. Mesejnya tidak akan sampai kepada masyarakat. Jadi persoalan yang saya nak lontarkan pada artist-artist yang suka buat karya sosial-politikal, apa guna kita buat karya sedemikian kalau tujuan semata-mata adalah untuk di jual. Saya rasa ia telah menyimpang daripada matlamat asal seorang sosial-politikal artist. Jadi dalam konteks ni, perlu ada segelintir artist yang berusaha mahu membawa seni ke gelanggang masyarakat.

Contohnya mungkin group Arto Movement, ataupun lain-lain group. Golongan artist yang sanggup melakukan sesuatu agar seni ini dapat di hayati lebih ramai masyarakat. Dalam erti kata lain, menjadikan medan seni kita ini lebih demokratik. Itu satu cabaran yang saya lihat dari dulu memang susah. Sebab nombor satunya ‘nak jual work’.

Nombor dua, dari pemerhatian saya sendiri, amat kurang artist yang mahu terlibat secara langsung dengan gerakan rakyat. Bunyinya macam radikal, tetapi apa yang saya maksudkan adalah artist yang sanggup menggunakan seni sebagai medium atau saluran untuk mengenengahkan persoalan-persoalan masyarakat. Memang ramai artist yang mengaku karya mereka mempunyai sosial-politikal mesej dan sebagainya, tetapi saya rasa itu semua adalah suatu keadaan poyo lah. Ia mengguna mesej masyarakat sebenarnya samada untuk mendapat perhatian art kritik ataupun kolektor. Saya belum nampak ada yang ikhlas membuat karya-karya sosio-politik dan terus sampai kepada masyarakat.

Berkaitan dengan hal yang sama, tidak ramai artist yang mengangkat praktis seni yang bercorak ‘social engagement’ ataupun dalam istilah sosial-politikal art aktivis di panggil, praktis seni yang bersifat relational. Yakni praktis-praktis seni yang memanfaatkan melibatkan masyarakat. Maknanya artist yang hendak terlibat dengan sosial-politikal movement, tidak harus bagi saya duduk dalam studio mereka dan melukis gambar-gambar yang berunsur protes atau demo, yang pentingnya mereka terus terlibat bersama dalam gerakan masyarakat tetapi bukan sebagai seorang demonstran, tetapi sebagai artist. Itu adalah yang penting.

Mungkin kita boleh mengambil contoh dari pameran A.P.A., sesuatu yang pernah boom pada tahun 1998, pameran yang tercetus atas gerakan reformasi tahun 1998. Ataupun siapa yang kenal kolektif Lostgen di Kuala Lumpur. Mereka banyak melakukan praktis seni yang di panggil sebagai sosial-engage art. Mereka terlibat langsung dengan masyarakat, pergi ke masyarakat untuk melakukan kolaborasi dalam penghasilan karya seni. Akhir-akhir ini pula kalau kita tengok Fahmi Reza, mungkin ramai yang tahu bahawa beliau menggunakan karya-karya bercorak politikus-subversif walaupun dalam bentuk kartun atau karikatur untuk menyampaikan mesej kepada segolongan masyarakat. Mungkin contoh yang saya bagi itu sedikit radikal, mungkin ada contoh-contoh lain yang saya tak pernah alami. Itulah karya-karya yang terlibat terus dengan masyarakat. Itu adalah sesuatu yang perlu di raikan.

Ok. Dalam hal ini, apa yang kita perlukan adalah artist yang berani keluar dari zon selesa studio mereka dan berkarya secara langsung di lapangan sosial. Saya yakin hanya dengan merakyatkan seni, barulah dapat di angkat fungsi sosial seni dan barulah masyarakat boleh melihat posisi dan juga peranan yang boleh di mainkan oleh artist dan juga seni mereka.

Macam Tuk Kura kata tadi, kita terlalu menekankan konsep kecantikan, jadi orang ingat artis ni itu sahaja tugasnya. Saya rasa itu adalah satu pandangan yang meremehkan artist. Bagi saya artist adalah seorang yang intelektual, seorang pemikir masyarakat seorang yang boleh merubah masyarakat. Tapi kalau kita menganggap kita hanya pembuat karya yang cantik-cantik, untuk orang tengok, ok, tapi kenapa kita tidak tengok untuk mengangkat balik martabat seniman.

Aspek kedua yang saya ingin sentuh adalah kritikaliti dan intelektualiti. Apa yang saya perhatikan, dalam keghairahan artist kita untuk memenuhi selera pasaran, menyebabkan kurangnya peranan mereka kepada elemen-elemen kritikaliti dan intelektualiti di dalam karya mereka. Ini adalah satu krisis yang amat penting untuk di selesaikan. Saya teringat kalau terbaca penulisan oleh Redza Piyadasa dalam Manifesto ‘ Towards a Mystical Reality’. Ia terlalu menekankan bahawa dari tahun 70 an Artist kita terlalu menekankan kecantikan luaran. Sehinggakan di dalam karya-karya tidak ada nilai-nilai yang di panggil ‘intelectual content’. Memang kita tahu Piya seorang artist tersohor kan, tapi itu saya rasa ianya suatu tahap sekurang-kurangnya ada segelintir artist yang menyahut seruan ataupun menangani peringatan yang di buat oleh Almarhum Redza Piyadasa.

Apa yang saya maksudkan dengan kritikaliti dan intelektualiti di sini adalah artist menghasilkan karya mereka dengan pertimbangan yang mantap dan jitu dalam soal subjek, tema, medium, bahan dan sebagainya. Malangnya ini perhatian saya sendiri, kebanyakkan karya seni kita yang ada sekarang ini kurang atau mungkin di katakan tidak langsung membabitkan teori dan ilmu yang kukuh, kritikal dan mendalam. Minta maaf kalau ada artist yang rasa mereka ada menggunakan teori dan ilmu yang kritikal. Majoriti karya masih berlegar seputar ‘retinal art’ yang di katakan oleh Duchamp “Art yang semata-mata untuk mencapai keseronokan visual”. Kebanyakan karya kita juga hanya menekankan ‘formalistik treatment’. Sibuk memikirkan komposisi, color,bentuk, layer dan sebagainya. Artist perlu memikirkan itu tapi bukan terlalu memikirkannya. Tambahan pula sekarang ni, Art boleh di buat oleh sesiapa sahaja. Jangan anggap kita yang terpelajar ada lulusan seni, hanya boleh buat seni. Sebenarnya semua orang boleh buar Art. Kita tengok Jay dengan Gerakan Indie, diaorang pun ada artist sendiri (self-taugh) tapi mereka melakukan aktiviti seni yang saya sangat kagum. Itu adalah satu cabaran buat kita untuk menyaingi orang yang tiada pendidikan formal tapi juga boleh menghasilkan seni.

Seterusnya, kebanyakan karya tiada melibatkan konsep, proses dan sistem. Pendapat saya ‘hambar’, tidak mencabar, tidak kontemporari, atau tidak ‘seksi’ langsung. Bila kita lihat, ia tidak mengancam minda kita. Tidak seksi dari segi idea dan pemikiran. Sekalipun saya menerima hakikat kebanyakkan karya yang di hasilkan, dari segi teknikal sangat bagus.

Pada hakikatnya, kebanyakkan artist kita, takut dan tidak berani bermain dengan teori-teori intelektualiti. Mereka kurang menelaah ilmu-ilmu terkini, juga tidak berani berkarya secara inter-disciplinary maksudnya berkarya melampaui bidang seni semata-mata. Kalau di perhatikan, berapa banyak karya yang di hasilkan oleh pengkarya kita ini, adalah sebenarnya bertunjangkan asas-asas teori seperti Maxism, de-construction, kritikal theory atau yang baru ni Spekulatif Realism. Banyak artis-artis di Europe mereka pergi kepada satu sistem baru yang di panggil  ‘Spekulatif Realism’ saya pun tidak faham apa bendanya. Suatu teori yang cuba mengkritik pasca-modernism, saya rasa artist kita belum sampai tahap itu lagi.

Kalau kita ambil contoh Duchamp, saya rasa karya malam ni pun semangatnya adalah dari beliau. Duchamp yang kita tahu adalah pelopor ‘anti-art’ dan ‘found-object’ dalam karya seni. Kalau kita membaca biographi Duchamp, sebenarnya di dalm berkarya dia juga mengkaji ilmu-ilmu seperti logik, matematik dan falsafah. Kita jangan ingat Duchamp buat work yang sebegitu ‘power’ sebab dia artist, bukan. Tapi sebab dia juga mendalami ilmu-ilmu yang lain. Sebab itulah karya-karya Duchamp mendapat perhatian bidang-bidang di luar bidang seni. Sampai ada orang yang mengatakan bahawa sesetengah konsep yang di terokai oleh Duchamp dalam seni, telah mendahului kemunculan beberapa konsep lain dalam sains. Artist ini boleh menjadi seorang pemikir yang hebat, bukan sekadar pembuat lukisan-lukisan yang cantik.

 

Dari sudut seni, Duchamp memperkenalkan konsep baru iatu pemahaman seni, iaitu objek seni itu di beri nilai dan makna oleh konteksnya. Dan saya inilah yang cuba di ketengahkan oleh 7 orang artist pada malam ini dalam pameran bendAsing. Dalam konteks ini juga, bagi Duchamp seni bukan lagi bergantung kepada ‘Universal Aesthetic Judgement’ seperti yang di gagaskan oleh Immamuel Kant. Apa yang di buat oleh Duchamp ini juga telah banyak mempengaruhi gerakan seni moden seperti Dadaism dan Konseptual Art. Di sudut falsafah pula, apa yang di lakukan oleh Duchamp melalui seni telah banyak mempengaruhi beberapa konsep dan idea dalam post-modernism.

Di dalam Art scene Malaysia, barangkali kali terakhir kita melihat pendekatan yang kritikal dan konseptual ada dalam ‘Towards the Mystical Reality’ pada tahun 1974 oleh Almarhum Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa. Ada belajar? Ianya adalah satu pameran dan manifesto yang begitu penting dalam seni rupa Malaysia. Dalam pada itu, ini tidak bermakna saya mengenepikan karya-karya dan usaha-usaha yang di lakukan oleh artist-artist ‘Avant-Garde’ kontemporari ataupun radikal seperti En Hasnul, En Paiman, Ise, Wong Hoy Chong, Yap Sau Bin, Ropesh, Niranjan dan sebagainya.

Di dalam manifesto yang di tulis oleh Almarhum Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa sempena pameran ‘Towards the Mystical Reality’, apa yang kita boleh saksikan adalah konsep pengkaryaan mereka adalah bertitik tolak daripada renungan dan rumusan kedua-dua artist tersebut berkenaan beberapa isu seperti ‘linguistik’, ‘semiotik’, ‘ontologi’, ‘epistomologi’, ‘teologi’ dan sebagainya. Memang ramai yang telah membaca manifesto tema yang mengatakan bahawa ianya terlalu berat dan serius. Itulah salah satu cabaran yang perlu di hadapi oleh artist. Mereka juga cuba mengatakan bahawa ilmu-ilmu lain amat penting dalam praktis seni dan karya-karya seni perlu ada ‘intelectual content’.

Dah boring kot..ok lagi ke?? 20 minit dah??..haha

Ok hadirin sekalian, berbalik kepada pameran yang akan saya rasmikan sekejap lagi, melihatkan pada konsep yang melatari pameran ini serta beberapa karya yang saya rasa ‘very interesting’, saya percaya dan berharap pameran ini akan dapat mencetus minat untuk memartabatkan semula dua aspek yang saya sebutkan tadi. Khususnya aspek kritikaliti dan intelektualiti dalam praktik dan juga karya seni.

 

Akhir sekali marilah kita renungi kata-kata oleh Duchamp yang berbunyi

“Pelukis yang hanya menyalin dan mengungkap apa yang mereka lihat adalah sebenarnya pelukis yang bodoh dan bangang” itu adalah kata Duchamp ya.

Maka dengan itu saya dengan rasa rendah diri merasmikan pameran ‘bendAsing’ anjuran ‘kolektif Bukan Seni-man’. Terima Kasih.

View All

Leave a Reply