Mafia Dalam Seni Rupa

ADA ke MAFIA DALAM SENI RUPA?

PENGENALAN

Mengikut takrifan kata nama asal Mafia dirujuk sebagai “La Cosa Nosra” dalam bahasa Itali dan ia membawa maksud “Hal Kami”. Kata nama itu adalah panggilan kolektif untuk beberapa organisasi rahsia di Sicily dan Amerika Syarikat.

Mafia awalnya merupakan nama sebuah konfederasi (pergabungan atau gabungan antara negara mahupun parti politik). Ia dibentuk oleh “orang-orang” di Sicily pada awal abad pertengahan, tujuan asalnya untuk perlindungan dan menegakkan undang-undang mereka ciptakan sendiri (jatuh hukum mengikut buku mereka). Konfederasi ini kemudian mulai melakukan jenayah terancang

Anggota Mafia dikenali sebagai mafioso“, yang berarti “jejaka terhormat”.

Mafia melebarkan sayap ke Amerika Syarikat melalui migrasi pada tahun 1800.

Kekuatan Mafia mencapai puncaknya di AS pada pertengahan abad ke-19, pertubuhan terancang mereka rentetannya itu telah diperhalusi oleh “FBI” pada tahun 1970-an dan pada 1980-an pengaruh mereka mula merudum. Walaupun pertubuhan ini mengalami kejatuhannya, namun kata nama “Mafia” serta reputasinya masih diaplikasikan dalam “Popular Culture America” dan ia difilemkan, dijadikan rancangan berepisod di tv dan bahkan dijadikan bahan iklan.

Daripada “Mafia Sicilian” akhirnya terbentuk mafia-mafia lain di sebelah eropah mahupun di timur, antaranya “Russian Mafia” (Eropah), “Yakuza” (Jepun) dan “Triad” (China).

Istilah “mafia” kini telah menjadi kata nama yang mencapah taakulannya sehingga ia dapat merujuk kepada kelompok “besar” mahupun “kecil” yang cuba mahu mengatur suatu permainan “hagemoni” dalam sistem terancang bagi mengenegahkan agenda mereka.

MAFIA DALAM SENI RUPA

Dailog berkenaan Mafia dalam seni rupa adalah berkenaan sembang-sembang senirupa secara umum bagi melihat bagaimana sesuatu seni itu diangkat sebagai suatu bentukkan seni yang penting mahupun sebaliknya. Kata nama “Mafia” tercetus secara bersahaja, bagi mengisi sajak “haiku” saya yang sering diupload didalam status laman social FB. Ada rakan-rakan bertanyakan pada saya dengan nada serius pekara tersebut (bukan dalam fb) dan kebanyakkannya menjerumus perihal BMS 2016.

Sebenarnya kata nama “Mafia” itu bersifat umum, andaikata dahulu kaitannya dengan jenayah terancang, namun kini posisinya boleh dikaitkan dalam kepelbagaian agenda, baik secara positif mahupun sebaliknya. Isu mafia dalam pertalian seni rupa ia agak complicated dan kita tidak tau mana satu pro mahupun kontra. Namun mungkin dari pengamatan yang dilalui melalui pengalaman dan pergaulan yang diiringi bersama pemahaman berlandaskan model “pasca struklisme”, boleh dijadikan sandaran bagi membincang persoalan tersebut.

http://people.howstuffworks.com/mafia2.htm

JAWATAN TUGASAN
1 Boss Pemimpin yang buat keputusan samada mengangkat mahupun menjatuh hukum
2 Consigliere Ahli sendiket dalam jenayah terancang yang berkhidmat sebagai penasihat kepada leader.
3 Underboss Kuasanya lebih kecil berbanding dengan boss, selalunya orang yang dipercayai oleh boss dalam sistem hiraki
4 Capo Pembuat Kacau dan tugasan yang diberikan adalah melalui arahan underboss. (leftenan)
5 soldiers Orang-orang suruhan bagi merealisasikan agenda organisasi tersebut (macai)
6 Associates Ahli-ahli bersekutu.

Dalam pengalaman saya menyantuni persoalan seni rupa, baik sebagai pelajar, perupa dan pengajar didapati ada kepelbagaian kepercayaan baik dari segi konsep, idea mahupun teori. Namun pembicaraannya mempunyai pandangan yang agak mencapah;

  1. Sebagai pelajar: kita diajar kepelbagaian pendekatan namun kita perlu memahami apa kehendak jabatan dan juga pendidik. Conflict of interest. (America vs Europe)
  2. Art Gallery : Kerajaan/ swasta (pertandingan)
  3. Art Patron : Collector (jadi gundik kolektor)
  4. Golongan pemikir seni dengan agenda perubahan (modus operandinya berkempen dalam media social) nak jadi mafia tapi “menonjolkan diri. Membunuh sesuatu idea menggunakan macai…(bagaimana boleh ditect? Melalui gambar berkumpulan) Pemenang sesuatu pameran boleh dijangka dengan penulisan yang di ketengahkan.

Azizan Paiman, 22 Mac 2017

View All

Leave a Reply