“Karya seni jangan dijadikan alat dagangan”

Sebahagian Petikan dari ucapan Perasmian Pameran OBSCURA

Oleh NOOR AZIZAN RAHMAN PAIMAN

Karya seni jangan dijadikan alat dagangan. Kebanyakan artis-artis muda  telah jadikan karya sebagai bahan dagangan. Jadi, karyanya agak statik, karya itu dijual untuk popular, kaya, melayan nafsu-nafsu dan menggunakan masalah orang untuk mengkayakan diri sendiri.

Kapallorek bukan datang dari duit kerajaan, ia adalah satu independent, pensyarah-pensyarah muda yang bernafsu untuk melihat karya-karya yang bagus. Jadi, syabas saya kepada kapallorek team kerana telah megadakan suatu ruang (space) yang agak bagus dan nilainya sama juga seperti di Australia, US mahupun di Singapura. Tahniah..

Paling bagus kamu berada di sini, di mana tiada akta-akta sepertimana berada di dalam (ruang lain). Kamu menghasilkan/mempamerkan karya dengan keadaan bebas. Maka, kebebasan itu perlulah ada batasannya.Sebagai bumiputera, budaya kita ada keunikan tersendiri. Bacalah buku ‘Kebangkitan Asia’, bagaimana orang Asia di pandang oleh ‘Orang Barat’ sedangkan orang Asia mempunyai pandangan-pandangannya yang tersendiri. Bagaimana Asia telah menaikkan Asia, kamu kena tengok Ai Wei Wei dan Nam Jun Paik mahupun Yoko Ono. Akhirnya Yoko Ono telah mempengaruhi John Lennon membuat karya.

Proses kamu bukan berlaku di sini, ianya berlaku di luar. Lali kamu, kemahuan kamu, nafsu kamu untuk menjadi seorang pelukis adalah terletak pada diri kamu, tetapi janganlah kamu melacurkan seni kamu.Itu yang paling penting. Kita ada adab, kita ada budaya. Kita hidup lawan mati. Apakah yang kita akan buat dengan kematian kita dan sumbangan kita di akhirat esok dengan karya kita.

Saya tiada apa-apa lagi yang hendak di cakapkan disini, segala-segalanya sudah hebat, kamu mempunyai suatu tatabahasa yang indah dan bagus, dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim, saya merasmikannya.

View All

Leave a Reply