“Experimental approach in finding new expression..”

OHM: THE RESISTANCE

Resistor number reading in an electric circuit measured with ohm (Ω) unit. Ohm word was named after a German physicist, Georg Simon Ohm. Electric resistance reading unit which is, ohm closely related to works displayed because this ohm unit represent internal resistance reading in this experimental art exhibition. In other word, this ohm represent obstacle faced by us to go for new media especially for the material related to electronic. Real resistance faced by us came from our own self, who are not ready to try new alternative in making artwork. In simple phrase, we ourselves are the opponent to the shift that is new in making artwork. The researches we had made in bringing new idea based on what has been learned altogether leading us to try new technology guided by time and movement recorded. Likewise in electric circuit, sometimes need to have resistor, purposely to help fluency and power current in electric circuit in particular section.

OHM: THE RESISTANCE is an exhibition joined by fine art students by bringing new translation in producing work of art. Striving to use media other than usual (non-conventional) is not a hindrance in delivering message through artwork. Apart from painting, print and sculpture, digital media, video recording and electric is also part of new media in delivering messages in artwork. Besides, it is more interactive making an artwork in experimental way. Experimental approach in finding new expression with combination between art and technology, applied art and fine arts have borne electronic art that is resulted from art context of practice known as electronic art (Hasnol, 2006). This exhibition will show the experimental work of art characterized by electronic (e-art) that is video art, light art and other electric media consumption. This exhibition is the continuity from the narrative of electronic art previously like what we have seen through the solo exhibition by Ismail Zain in year 1988, entitled Digital Collage. For the first time in 1997, electronic artwork has been gathered and showcased by National Visual Arts Gallery. Today, more efforts were developed on spreading the electronic art and were proven beneficial in current arts field.

 

OHM: THE RESISTANCE

Bacaan nombor perintang didalam litar elektrik diukur dengan unit ohm (Ω). Kata ohm diambil dari nama seorang ahli fizik German, Georg Simon Ohm. Unit bacaan rintangan elektrik iaitu ohm ini berkait rapat dengan karya-karya yang dipamerkan kerana unit ohm ini mewakili bacaan ‘rintangan’ dalam litar pameran seni experimental ini. Dalam erti kata lain, ohm ini mewakili rintangan atau halangan yang dihadapi oleh pengkarya muda untuk mencuba media baru terutamanya bahan yang berkaitan dengan elektronik. Rintangan sebenar yang dihadapi oleh mereka adalah diri sendiri yang belum bersedia untuk mencuba alternative baru dalam berkarya. Dalam bahasa mudah, diri mereka sendiri adalah penentang kepada anjakan yang baru dalam berkarya. Kajian oleh para pengkarya dalam memuat naik idea baru berdasarkan apa yang telah dipelajari sekaligus membawa pengkarya mencuba teknologi baru berpandu masa dan pergerakan ya¬ng direkod. Begitu juga halnya di dalam litar elektrik yang ada ketikanya perlu ada perintang, tujuannya tidak lain hanyalah untuk membantu kelancaran dan agihan arus kuasa dalam litar pada bahagian tertentu.

OHM: THE RESISTANCE adalah sebuah pameran yang disertai oleh para pelajar seni halus dengan membawa anjakan baru dalam menghasilkan karya seni. Berusaha untuk menggunakan media selain dari kebiasaan (non-conventional) semestinya bukan satu halangan dalam menyampaikan mesej jiwa melalui karya. Selain catan, cetakan dan arca, penggunaan media digital, rakaman video dan elektrik adalah juga wadah baru dalam menyampaikan mesej dalam berkarya, Karya sebegini lebih interaktif dalam penghasilan karya seni yang bersifat eksperimental. Pendekatan eksperimental dalam mencari ungkapan baru dengan gabungan antara seni dan teknologi, seni gunaan dan seni halus telah melahirkan seni elektronik iaitu hasil dari konteks amalan seni rupa yang dikenali sebagai seni elektronik (Hasnol, 2006). Dalam pameran ini ada dimuatkan beberapa hasil seni eksperimental berunsur elektronik (e-art) iaitu seni video, seni cahaya dan penggunaan media elektrik yang lain. Pameran ini merupakan kesinambungan dalam naratif prakits seni elektronik sebelum ini seperti yang dilihat melalui pameran solo oleh Ismail Zain pada tahun 1988, bertajuk Digital Collage. Buat pertama kalinya pada tahun 1997, karya seni elektronik dikumpul dan dipamerkan oleh Balai Seni Visual Negara. Sehingga ke hari ini, banyak lagi usaha memperkembangkan seni unsur elektronik ini dan ternyata bermanfaat dalam lapangan seni masa kini.

 

MOHD FARID ABD WAHID

19 Mei 2016

View All

Leave a Reply