Bukan Seni-Man: Bendasing Dan Perletakannya Dalam Urutan Seni Konsepsual

 “Jurus lazim para seniman pasca modernis dan kontemporari dalam bertindak balas terhadap kesenian dan pengalaman berseni selalunya melibatkan pemikiran kendiri dan kebolehan berdikari dalam menentukan hala tuju dan kelangsungan objek kesenian mereka”

Ini adalah cabaran yang di hadapi pengkarya konseptual mutakhir, menindih usaha pengkaryaan 
kumpulan Bukan Seni-man. Penerokaan seni secara formalistik bu-
kanlah suatu yang boleh dikatakan
popular di Malaysia khususnya,
namun tidak juga boleh dikatakan
ianya sesuatu yang dipinggirkan.
Disebalik rambang tenaga dan ke-
jalakan (braggadocio), kumpulan
 Bukan Seni-Man dilihat banyak 
mengacukan cabaran terbuka terhadap ilmu linguistik dan keraguan
 mereka terhadapnya. Karya Ezwa
Hasin dan Kamal Sazali umpaman-
ya mempersoalkan relevan per
gantungan kita terhadap struktur
 bahasa dan kepercayaan kita terhadap maksudnya, serta aplikasinya dalam kesenian dan kehidupan
 seharian. Penerokaan Ini tidak 
menghairankan, bahkan saya me-
lihat ini sebagai tindak balas semu-
la jadi terhadap cubaan menyaring
 kebisingan dan lambakan mak
lumat yang dirasakan masyarakat
kini; langsung bermula sejak gera-
kan romantisme abad ke-19 (yang
 secara ironisnya) menghancurkan 
sentimen romantisme itu sendiri
 melalui kemajuan media fotografi, telegram, radio dan akhirnya ke
perantara internet. Walau kedengaran agak naif dan angsty, ia adalah apa yang harus kita jangkakan
 daripada seniman sebegini. Ia ciri
 yang sering dilihat dalam kumpu
lan seniman awal yang bertindak-
balas terhadap pandangan popular,
 seperti yang boleh diperhatikan 
di kalangan seniman impresionis ataupun pre-raphaelites, mahupun gerakan DaDa pasca Perang Dunia Sulung.

Seni konsepsual di awal pertumbuhannya cenderung mempamerkan ilusi ilmu dan kefahaman agak jarang berlandaskan pengalamian (experiential). Sering kali mengkehendakan penyertaan dan kepedulian audiens namun pada masa yang sama mendambakan pengiktirafan. Namun begitu karya bersifatkan perkongsian pengalaman sepertimana naskhah Kamal Sazali (I Fall in Love with “E”; This Artwork Title is Based on What You Think for the First Impressions) secara nyarisnya menepis kenyataan ini. Mungkin juga berat sebelah saya terhadap pengalaman sebagai warga UiTM yang bergerak, bekerja dan bercinta di dalam bas Rapid di antara Shah Alam-Kuala Lumpur, atau mungkin juga karya Kamal Sazali sudah menemukan audiensnya. Masih lagi di dalam persoalan linguistik, karya Khairani Zaquan memaksa kita membuat perumpamaan langsung diantara tajuk/ penyataannya (“Kompleks dan krusialnya sesebuah teori mungkin (ya/tidak) lahir daripada sesebuah idea yang asas”) dengan kemujaradan objek. Terasa kering dan sukar, namun persoalan linguistik selalunya memang begitu. Terjemahan dari objek ke karya pula diterbalikkan dalam karya Aliff Iqmal, yang kelihatannya menolak kemujaradan dengan mengeksploitasikan sifat 2 dimensi bayang yang berpunca dari objek 3 dimensi yang mengundang metafora dan pelbagai tafsiran stereotipikal. “Zalim”, tajuknya; dan kejam juga perlaksanaannya.

Umumnya, karya di dalam pameran ini banyak mengutarakan persoalan yang pernah diacukan di zaman awal penerokan seni konsepsual (sebagai satu bentuk senaman atau homage). Terdapat strategi seperti perletakan sesuatu di luar lingkungan lazim atau yang diharapkan (displacement) umpamanya, merubah kedudukan dan konteks sesuatu daripada luar ke dalam galeri. Terdapat juga rencana bernuansa nyahbinaan (de- construction) dalam strategi mereka. Namun, tak dapat dinafikan bahawa kegiatan kesenian kumpulan ini adalah tindakbalas dan respons langsung terhadap sejarah Seni. Naskhah Khairul Ehsani Sapari (Reclining Figure II: Tertidur Lena) dan Amir Amin (Panasn- ya Lahai, Tolong Pasangkan Ki- pas (After Kosuth)) adalah contoh sesuai untuk praktis sebegini. Strategi penyiasatan progresif juga boleh dilihat pada karya Nazrul Hamzah, khususnya arcanya yang bertajuk “Aku Cinta Kamu, Kamu Cinta Aku, Tiada Apa Yang Dapat Memisahkan Kita Berdua Bersama Selama-lamanya”. Menariknya (dan bertuahnya kita sebagai audiens), rencana ini dipaparkan dalam konteks bersuasana tempatan. Di dalam zaman kebebasan bersuara dan kemurahan pendapat, kita cenderung untuk berfikir secara merusuh dan merempuh. Kumpulan Bukan Seni-man bertindak untuk cuba memberi fokus dan membataskan hala tuju dalam landasan pemikiran kritikan seni, di samping cuba membenih semula perbincangan formalistik ketika membicarakan kesenian. Lantas, apakah persoalan baharu yang di tawarkan melalui pameran ini? Kumpulan Bukan Seni-Man per- caya dan menggesa kita menjawab persoalan ini melalui penyertaan bersama. Terpulang pada audiens untuk menyambut mampiran mereka. Nilaikan budi bahasanya dan buat keputusan anda.

Amar Shahid
24 Mac 2016

View All

Leave a Reply