BENDASING : BUKAN SENIMAN

BENDASING
Bendasing adalah sebuah pameran seni oleh kumpulan Bukan Seni-man yang menjurus kepada mempersembahkan atau meletak objek-objek banal sebagai seni. Bendasing bermaksud sesuatu yang janggal dan di anggap asing dan ‘terkeluar’ dari norma sesuatu perkara.

SIAPAKAH BUKAN SENI-MAN?
Bukan Seni-man merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh 7 individu yang percayakan bahawa seni boleh menjadi apa-apa sahaja namun bukan kesemuanya. Mereka cuba mengetengahkan persoalan-persoalan mengenai seni itu sendiri (nature of art) dan mewujudkan kemungkinan untuk mengatakan sesuatu itu seni.

Bukan Seni-man bukanlah sebuah kumpulan seniman yang memfokuskan kepada pembuatan karya sebaliknya menekankan kepada proses melahirkan persoalan, hujah serta premis ide tentang seni. Selain meletakkan maksud kepada sesuatu ‘objek’ atau ‘subjek’, Bukan Seniman juga ingin mengetengahkan bagaimana ‘objek’ atau ‘subjek’ ini diangkat sebagai karya seni.

PREMIS PAMERAN
Mengetengahkan ide-ide yang dilihat ‘asing’ dalam seni Malaysia di mana mereka ingin memberi penekanan terhadap seni-seni yang bersifat unconventional. Untuk pameran ini, Bukan Seni-man memfokuskan kepada penggunaan objek-objek harian atau mundane yang pada kebiasaannya objek-objek ini norma namun TIDAK NORMA DI DALAM GALERI. Bukanlah tujuan mengangkat karya2 mundane ini untuk menyatakan inilah SENI yang sebetul-betul dan sebenar-benarnya.Ia hanyalah satu pernyataan terhadap kelainan minat dalam dunia seni visual, bukan menidakkan seni-seni visual lain. BendAsing mungkin dapat mengupas Bukan Seniman dalam mempersoal, mengetengah dan memaparkan aspek-aspek ‘asing’ dalam dunia seni tempatan khususnya; asing dari segi perkara/visual/subjek/objek/material/konten dan lain-lain.

View All

Leave a Reply