About

LATARBELAKANG / BACKGROUND

Kapallorek adalah ruang seni bebas yang dibentuk pada tahun 2014. Diasaskan oleh Fadly Sabran dan berpusat di Seri Iskandar, Perak, Malaysia. Ia beroperasi sebagai organisasi yang menyediakan platform alternatif untuk Artis Media Baharu, Seni Antara Disiplin, Artis Eksperimen, Residensi Artis & Penyelidik Seni. Ini dilakukan dengan mengadakan pameran, bengkel, seni persembahan, sesi dialog & perkongsian mengenai amalan kreatif mereka dengan komuniti setempat. Kapallorek juga berusaha untuk mengadakan pertukaran kolaboratif dengan pengamal seni dan ruang seni serantau dan antarabangsa.

…………………………………………………………………………….

Kapallorek is an independent art space formed in 2014. Founded by Fadly Sabran and based in Seri Iskandar, Perak, Malaysia. It operates as a non-profit organization that serves alternative platform for Emerging New Media Artist, Inter-Disciplinary Arts, Experimental Artists, Residency Artist & Art Researcher. This is done by having exhibition, workshop, performances art, dialogue & sharing sessions regarding their creative practice with the local communities. Kapallorek also strive to have collaborative exchange with regional and international art practitioners and arts spaces.

PENGASAS / FOUNDER

Dilahirkan di Lumut pada tahun 1983, Fadly Sabran merupakan seorang seniman Seni Media Baharu, tinggal dan bekerja di Perak, Malaysia. Merupakan graduan Diploma Seni Halus (2005) di Universiti Teknologi MARA,Seri Iskandar dan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Seni Halus (2007) di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Seni Visual dan Rekabentuk (2012) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kini bekerja sebagai Pensyarah di Jabatan Seni Halus Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak.

Beliau juga merupakan pengasas kepada ruang seni independen yang dikenali sebagai Kapallorek Art Space, ditubuhkan pada tahun 2014 dan berpengkalan di Seri Iskandar Perak. Hingga kini aktif mengkurasi dan menganjurkan aktiviti seni yang bersifat eksperimental dan media baharu. Kolektifnya juga banyak berkolaborasi dengan seniman serantau dan antarabangsa bagi mempromosikan seni kepada komuniti setempat.

Karya-karyanya menggabungkan elemen seni dan teknologi termasuk seni video, seni bunyi, kinetik, interaktif dan seni installasi. Sering terlibat dengan pameran-pameran seni diperingkat nasional dan antarabangsa antaranya seperti di National Art Gallery dan Petronas Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia (2020); National For The Culture and the Arts NCCA Gallery, Manila Philippines (2019); 33rdImage Forum Festival, Asian Experimental Cinema, Tokyo Japan (2019); 18thAsian Art Biennale, National Art Gallery Dhaka, Bangladesh (2018); Wrapping Unwrapping at ISBI, Bandung Indonesia (2017); Art Without Man, The Korean Society of Media & Arts KOSMA, Asia Cultural Centre, Gwangju, South Korea (2017); Cheritera, Start Art Fair,  at Saatchi Gallery, London (2014),dan berbagai lagi pameran seni.

…………………………………………………………………………….

Born in Lumut in 1983, Fadly Sabran is a New Media Art artist, living and working in Perak, Malaysia. Graduate Diploma in Fine Arts (2005) at Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar and Bachelor’s Degree (hons) in Fine Arts (2007) at Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. He then continued his studies to the Master’s Degree in Visual Arts and Design (2012) at Universiti Sains Malaysia, Penang. Currently working as a Lecturer in the Department of Fine Arts, Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak.

He is also the founder of an independent art space known as Kapallorek Art Space, established in 2014 and based in Seri Iskandar Perak. To date, it has been actively curating and organizing experimental art activities and new media. His collective also collaborates extensively with regional and international artists to promote art to the local community.

His works combine elements of art and technology including video art, sound art, kinetics, interactive and installation art. Frequently involved in national and international art exhibitions such as at the National Art Gallery and Petronas Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia (2020); National For The Culture and the Arts NCCA Gallery, Manila Philippines (2019); 33rdImage Forum Festival, Asian Experimental Cinema, Tokyo Japan (2019); 18thAsian Art Biennale, National Art Gallery Dhaka, Bangladesh (2018); Wrapping Unwrapping at ISBI, Bandung Indonesia (2017); Art Without Man, The Korean Society of Media & Arts KOSMA, Asia Cultural Center, Gwangju, South Korea (2017); Cheritera, Start Art Fair, at Saatchi Gallery, London (2014), and many other art exhibitions.