NEW MEDIA ART WORKSHOP

Ayuh! Daftar Segera! Tempat adalah terhad kepada 30 peserta sahaja! Hubungi no telefon yang tertera pada poster!

Bengkel Seni oleh Haris Abadi anjuran Kapallorek Art Space pada 1 Mei 2019 di Home of Silveryouth (HOS) Ipoh sempena Festival Kolektif Gerakan Seni Ipoh

SINOPSIS

Acara ini adalah satu inisiatif untuk memberi satu pengenalan kepada bentuk-bentuk media baru yang dilihat mampu membuka peluang yang baru dalam penerokaan seni visual. Atas dasar sifatnya yang sangat dinamik dan pervasive, konsep gelungan dan aplikasi Augmented Reality dilihat sebagai satu ekspresi kontemporari yang seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi dan budaya masakini. Selain itu, program ini juga bersifat open-ended dan berpotensi untuk diaplikasikan ke dalam bidang-bidang yang lain selain seni visual.

Bicara Seni/Bengkel ini akan membicarakan secara asas konsep animasi berbentuk gelungan (loop) dalam konteks seni visual. Antara isi kandungan utama adalah sejarah animasi dan perkembangannya, terutamanya yang berkaitan dengan ekspresi kontemporari, contohnya GIF, Sinemagraf dan medium-medium lain dalam lingkungan kajian berkaitan imej bergerak (moving images)

Selain itu, peseta bengkel boleh mempraktikkan aplikasi Augmented Reality dan menghasilkan karya eksperimental dalam bengkel ini. Bermula dengan menghasilkan animasi asas dan juga sinemagraf menggunakan aplikasi telefon bimbit, peserta juga berpeluang untuk menghasilkan karya Augmented Reality menggunakan perisian atas talian (HP Reveal) dalam acara ini.

Comments

comments

View All

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *